CINTA KE ITU ATAU ADAKAH...... SEKADAR MAINAN JIWA?

May 05, 2011

Antara CINTA 
yang telah berlalu
dengan CINTA yang sedang menanti
kita sentiasa cenderung
untuk mengabaikan cinta
yang berada jelas di mata 
dan sering mengharap dan menoleh 
kepada cinta yang telah berlalu 
jauh meninggalkan kita... 

Kadang-kadang bila 
kita sudah memiliki 
sebuah CINTA 
kita terlupa yang CINTA itu 
masih perlu 
sentiasa dipupuk dan dibajai 
dengan kasih sayang. 

Kita terlalu yakin 
kita akan memiliki 
CINTA itu sampai bila-bila pun. 

Apabila segalanya berakhir 
barulah kita akan 
menyedari kesilapan 
yang kita telah lakukan. 

Dan malangnya kesedaran itu 
sentiasa datang terlambat.

 Bila seseorang jatuh CINTA 
ketika dia 
baru kehilangan kekasih hati 
maka CINTA yang tercipta itu 
bukanlah CINTA sebenar 
melainkan hanya seperti ubat khayal
 yang bertindak sementara sahaja 
dan kemudian akan
 merosakkan hatinya dua kali ganda 
malah berganda-ganda lagi selepas itu..

kerana sesungguhnya 
kita boleh menipu orang lain 
tetapi bukan hati kita sendiri. 

Bila CINTA putus ditengah jalan 
usahlah bermuram durja
 menyakiti diri sendiri. 

Bangkitlah dan mulakan CINTA baru.
 Kerana setiap
 cinta yang hilang pasti akan ada pengganti.

 Usah mengharap pada yang tak pasti, 
usah merayu pada yang tak sudi. 

CINTA pertama tidak semestinya yang terbaik.

 Setiap CINTA mempunyai 
keunikan dan kehangatan yang tersendiri.
 Janganlah terus terikat 
kepada CINTA yang sudah pergi.

You Might Also Like

1 000, 000 Pengkomen

  1. ok,terasa.hahha,knplah suke sangat kt first love ni.mencinya.huwaa~its like ada org lg baek,tp sengaja memperbodohkan diri..hnmm

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>