RAMADHAN BUFFET 2018 | FIESTA RAMADHAN THE PUTERI PACIFIC HOTEL. Salam. Nampaknya meriah lahhh puasa tahun nih. Boleh ajak Mak Abah berbuka puasa di The Puteri Pacific, Johor Bahru pulak lahhh. Baru baru nih Uyul join lagi rakan rakan JDT Blogger untuk Media Preview Ramadhan di The Puteri Pacific, Johor Bahru.






Ramadhan Buffet kali ini menawarkan juadah dari pelbagai pilihan daripada menu tempatan mahupun antarabangsa. Uyul masuk masuk je dah nampak seekor kambing ya allah itu dah tentu yang paling cepat Uyul akan serbu nih. The best thing, The Puteri Pacific menyediakan juadah dalam konsep live. So, korang memang boleh nampak chef chef sediakan juadah dekat situ.





Sebagai penggemar Lamb Chop forever ever, sememangnya ini yang Uyul cari hahaha. Tak boleh kata tidak weyhh. Sungguh lazat tak terkata. Rugi lahh sapa yang tak suka makan kambing tuh. Tapi kalau tak suka, meh laa bagi Uyul. Uyul pejam mata boleh habiskan.


Mesti ada antara korang yang kalau bulan Ramadhan mesti nak cari Murtabak atau Roti Jala kan? Jangan risau. Dekat sini pun ada awak. Live chef sediakan. Boleh makan panas panas siap dengan kari lagi boleh amik banyak mana nak amik.



Sebuk betul chef siapkan Murtabak dan Roti Jala.


Haaa jangan tak tahu, Char Kuew Teow pun hado nih. Chef siap masak je korang dah boleh hulur piring.



Yang ini menu Tauhu bersama Enoki Mushroom. Uyul tak cuba pulak juadah yang ini. Tapi menurut Kak Hernee, memang sedap. Siap dia terepeat dua kali katanya. Hahahah.




Udang Sambal pun ada gais. Besor besor pulak tuh. Memang puas hati lahhhh.


DESSERT SECTION

Apa yang paling Uyul suka menu dekat The Puteri Pacific nih yela Dessert dia. Ya Allah, rambang mata nak pilih tau. Memang sumpah sedap sedap semua nya. Dia tak manis sangat pun. Rasa dia memang manis manis buah. Sedap bakhang! Mehh lah korang cuci mata jap. Nak cuci mulut tak boleh pulak hahahahah.





















Sebenarnya, masuk masuk je dah jumpa buah buahan dulu. Ehhh saja laah tu nak remind kita makan kena seimbang ek. Hahaha.



Untuk penggemar Dim Sum macam Uyul, ehh mana boleh lepas kan peluang menjamah seketul dua. Fuhh sedap. Siap ada sos, tapi Uyul suka makan gitu je. Bukan Dim Sum je ada, kuih muih pun ada okayy. Boleh skroll bawah sikit. Aduh tertiba rasa macam lambat pulak Ramadhan tahun ini.







FIESTA RAMADHAN | THE PUTERI PACIFIC, JOHOR BAHRU, JOHOR

17 Mei – 14 Jun 2018
6.30 pm hingga 10.30 pm

Adult – RM98
Child (6 -12 tahun) – RM55


Early Bird Booking
15% off from 15 April to 5 May 2018
10% off from 6 May to 15 May 2018






GENG MENJEMAH JDT BLOGGER

Dapat join Ramadhan Preview tahun nih, memang seronok, sebabnya boleh jumpa rakan rakan JDT Blogger yang lain. Kak Hernee, Sis Lin, Kak Seri, Kak Mar, Ain dan yang lain lain lagi.






Yuh lahh tuh bila nak kurus kalau madah makan je kan? Hahaha ya ampun! 

Haaa, korang yang mana nak handle tempahan untuk berbuka puasa company masing masing, dipersilakan book sekarang. Memang berbaloi baloi kalau nak bawak group berbuka puasa di sini.



Regards,
Uyul Cantik
CENDOL DURIAN DI CHOW KIT ROAD | Salam. Minggu lepas Uyuld dan Parzival ada ke Kuala Lumpur attend event Zeeta. Dah alang alang kami stay lah KL satu malam. Tidur rumah adik Uyul dekat Puchong Perdana. Apa lagi, melantak Cendol Durian di Chow Kit Road lahhhh gamaknya.


Selalunya duk sakit hati je kan adik Uyul lepak kat stall tuh melantak Cendol Durian. Apa lagi kita pau lahh dia malam tuh. Yang bestnya Cendol Durian nih dapat satu pangsa durian, lebih kurang 3 ke 4 ulas durian besar gabak ek. Perghhh rasa pulak durian dia pahit pahit gitu. Habis diet Uyul malam tuh.
 

Korang tengok lahh isi durian dia, kemahin beso beso an? Aduhh masa taip entry nih, kemahin kecur tekak. Kita dah la hantu durian.


Untuk pengetahuan korang, gerai nih terletak betul betul dekat Chow Kit Road. Haa cari lahh kedai yang ada jual Bakso, Nasi Ayam Penyet. Uyul try jugak Bakso dia. Boleh tahan sedap uiii.


Yang pastinya gerai ini akan bukak sehingga jam 3 pagi. Haaaa ngam lahh tuh. Lepas duk makan Cendol Durian, apa lagi, dah boleh round jap. Cari sayur ke ayam ke kan. Chow Kit Road mana la pernah mati, hidup je laa dia sampai ke pagi.


Dah habis durian, baru sebuk nak makan cendol.


Ini lah dia adik Uyul dan adik ipar yang bawak kami jalan malam tuh. Sampai rumah dalam pukul 2 macam tuh, masing masing terus tidur. Parzival lagi ahh dengan tak tukar seluar nya terus berlayar. Esok nak balik Johor, itu yang kepenatan tuh.

Korang kalau nak cuba, jangan segan silu cari gerai nih okayyyy! Memang umpphhh!

Regards,
Uyul Cantik